Selamat Datang Ke Carita Hatiku

Sunday, November 18, 2012

Save Gaza

Assalamualaikum...

Hari ini kite nak cerita pasai "Save Gaza"...

kite semua baru saja meraikan tahun baru bagi islam 1434hijrah..Dalam kegembiraan kite semua kite digemparkan dengan negara Pelestin yang baru-baru ini diserang oleh pihak ISRAEL...

ni kite dapat dari laman blog saudara seislam



Palestin sebelum 1948 adalah bumi yang merdeka, dihuni oleh penduduk pelbagai bangsa dan agama iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Hampir 85% adalah penduduk Islam yang menempati boleh dikatakan seluruh pelusuk bumi Palestin dan ketiga-tiga agama hidup dengan aman damai. Penduduk Islam yang telah ratusan tahun di bawah pemerintahan kerajaan Islam Khilafah Othmaniah sentiasa menghormati penduduk Kristian mahupun Yahudi selagi mereka tidak menentang dan membuat angkara kepada pemerinah.

Namun bangsa yahudi yang menyimpan dendam kesumat dek kerana sifatnya yang sentiasa ingkar dengan perintah agama sebagaimana yang dijelaskan di dalam sejarah dan termaktub di dalam Al-Qur'an, mereka sentiasa membuat kekacauan dan sering mengeksploitasi segala kesempatan yang mereka miliki. Mereka lakukan di mana-mana jua mereka berada termasuk mereka yang tinggal di negara-negara eropah semenjak 1950'an. Oleh itu bangsa ini juga terpaksa ditangani oleh para pemimpin eropah dan ada di antara pemimpin yang terpaksa menghukum mereka kerana keonaran yang mereka lakukan.

Kelicikkan bangsa yahudi yang akhirnya dapat 'menungangi' pemimpin British sekitar 1940an telah berjaya mempengaruhi keputusan British sehingga mendapat laluan mudah menerobos dan menceroboh bumi Palestin yang sebelumnya aman damai.

Penaklukkan, perampasan dan pengusiran rejim zionis terhadap tanah dan harta penduduk Palestin sesunguhnya suatu yang melampau. Mereka terus-terusan menguasai dan berhasrat untuk menghapuskan terus umat Islam dari bumi Palestin.



  
peta sebenar Palestin sebelum dan selepas

Rejim zionis israel telah memaksa rakyat Palestin keluar dari negara mereka dan kini lebih 5 juta hidup sebagai pelarian di kem-kem samaada di Lubnan, Syria, Jordan dan lain-lain negara. Meraka yang masih berada di bumi Palestin pula dipaksa berpindah dan kini menduduki di tebing barat dan Gaza yang terkepung dan terabai dari keeprluan asas.

kat sini kite bagi gambar-gambar yang kite ambik kat internet








korang boleh jugak tengok link ni sebagai maklumat bersama




kite doakan supaya kesedihan dan ketakutan sahabat2 kite kat sana akan berakhir.
kite tak berani nk boikot barang sebab tanpa sedar kite sendiri guna barang mereka..
kite nak undur diri dulu
lain masa kite taip lagi
Wassalam
^_^

No comments:

Post a Comment