Hari ini kite nak kongsi apa yang kite baca...
Semalam kite tengah kemas bilik, Kite bukak almari. bile kite tengok ada sebuat buku yang kite pernah beli dulu dan kite tak baca lagi sebab buku ni ada kat rumah.
LA TAHZAN (Jangan Bersedih) yang ditulis oleh Dr.'Aidh bin Abdullah Al-Qarni yang diterjemah oleh Noraine Abu.
(kite punye warna hijau..tapi kite pernah tengok semua ye sama..
just keluaran ye berbeza)
Kite ada tertarik dengan satu bab ni yang bertajuk Berbuat Baik Kepada Orang Lain Akan Melapangkan Dada..
Mari baca...semua ni kite taip tau..kite nak korang baca dan pahami..
Selamat Membaca...
Kebajikan itu sebaik namanya, keramahan seramah wujudnya dan kebaikan sebaik rasanya. Dan orang yang pertama kali akan dapat merasakan manfaat dan semua itu adalah mereka yang melalukannya. Mereka ini akan merasakan 'buah'nya seketika itu juga dalam jiwa, akhlak dan nurani mereka. Sehingga mereka pun selalu lapang dada, tenang, tenteram dan damai.
Ketika diri anda diliputi kesedihan dan kegundahan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, nescaya anda akan mendapatkan ketenteraman dan kedamaian hati! Bersedekahlah kepada orang yang papa, tolonglah orang yang dizalimi, kurangkan beban orang yang menderita, berilah makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit dan bantulah orang yang terkena musibah, nescaya anda akan merasakan kebahagiaan dalam semua aspek kehidupan anda!
Perbuatan baik itu laksana wawangian yang tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya, tetapi juga mereka yang berada di sekitarnya. Dan manfaat psikologi dan kebajikan itu terasa seperti ubat-ubat mujarab yang dapat diperoleh di dalam hati mereka yang berbaik dan bersih.
Menebar senyuman manis kepada orang yang "miskin akhlak" merupakan sedekah jariyah. Ini tersirat dalam tuntunan akhlak yang berbunyi :
Sekalipun engkau bertemu dengan saudaramu dengan wajah ceria. (Al-Hadis)
Sesungguhnya keharuman wajah merupakant tanda permusuhan sengit terhadap orang lain, yang hanya diketahui terjadinya oleh Sang Maha Ghaib.
Seteguk air yang diberikan seseorang pelacur kepada seekor anjing yang kehausan dapat membuahkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Ini, merupakan bukti bahawa Sang Pemberi pahala Zat Yang Maha Pemaaf, Maha Baik dan sangat mencintai kebajikan, serta Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
Wahai orang yang merasa terancam oleh himpitan kesengsaraan, Kecemasan dan kegundahan hidup, kunjungilah teman-teman kebajikan; sibukkan diri kalian dengan memberi, mengunjungi, membantu, menolong dan meringankan beban sesama kalian! Dengan semua itu, nescaya kalian akan mendapatkan kebahagiaan dalam semua sisinya; rasa, warna dan juga hakikatnya.
Sedang dia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut dibalas, hanyalah mengharap keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi; dan demi sesungguhnya, dia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya.) (Al-Lail: 19-21)
Itu lah ceritanya..macam mane?
Pengajaran yang kite dapat dalam ni adalah
Pengajaran yang kite dapat dalam ni adalah
- Kita hendaklah berbuat baik denga semua mahluk dibumi ini
- Jika kita bebuat baik pasti akan mendapat pahala dari Allah
- Apabila kita berbuat baik, hati kita akan sentiasa tenang dan gembira
ok lah..sampai sini saja kite nak kongsi..
lain kali kite cerita ye..
bye...
Wassalam...
^_^
No comments:
Post a Comment