Selamat Datang Ke Carita Hatiku

Wednesday, December 26, 2012

Berbuat Baik Kepada Orang Lain Akan Melapangkan Dada

Assalamualaikum..

Hari ini kite nak kongsi apa yang kite baca...
Semalam kite tengah kemas bilik, Kite bukak almari. bile kite tengok ada sebuat buku yang kite pernah beli dulu dan kite tak baca lagi sebab buku ni ada kat rumah.
LA TAHZAN (Jangan Bersedih) yang ditulis oleh Dr.'Aidh bin Abdullah Al-Qarni yang diterjemah oleh Noraine Abu.

(kite punye warna hijau..tapi kite pernah tengok semua ye sama..
just keluaran ye berbeza)

Kite ada tertarik dengan satu bab ni yang bertajuk Berbuat Baik Kepada Orang Lain Akan Melapangkan Dada..

Mari baca...semua ni kite taip tau..kite nak korang baca dan pahami..
Selamat Membaca...


                 Kebajikan itu sebaik namanya, keramahan seramah wujudnya dan kebaikan sebaik rasanya. Dan orang yang pertama kali akan dapat merasakan manfaat dan semua itu adalah mereka yang melalukannya. Mereka ini akan merasakan 'buah'nya seketika itu juga dalam jiwa, akhlak dan nurani mereka. Sehingga mereka pun selalu lapang dada, tenang, tenteram dan damai.
                 Ketika diri anda diliputi kesedihan dan kegundahan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, nescaya anda akan mendapatkan ketenteraman dan kedamaian hati! Bersedekahlah kepada orang yang papa, tolonglah orang yang dizalimi, kurangkan beban orang yang menderita, berilah makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit dan bantulah orang yang terkena musibah, nescaya anda akan merasakan kebahagiaan dalam semua aspek kehidupan anda!
                 Perbuatan baik itu laksana wawangian yang tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya, tetapi juga mereka yang berada di sekitarnya. Dan manfaat psikologi dan kebajikan itu terasa seperti ubat-ubat mujarab yang dapat diperoleh di dalam hati mereka yang berbaik dan bersih.
                  Menebar senyuman manis kepada orang yang "miskin akhlak" merupakan sedekah jariyah. Ini tersirat dalam tuntunan akhlak yang berbunyi :
Sekalipun engkau bertemu dengan saudaramu dengan wajah ceria. (Al-Hadis)
                  Sesungguhnya keharuman wajah merupakant tanda permusuhan sengit terhadap orang lain, yang hanya diketahui terjadinya oleh Sang Maha Ghaib.


                  Seteguk air yang diberikan seseorang pelacur kepada seekor anjing yang kehausan dapat membuahkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi. Ini, merupakan bukti bahawa Sang Pemberi pahala Zat Yang Maha Pemaaf, Maha Baik dan sangat mencintai kebajikan, serta Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
                  Wahai orang yang merasa terancam oleh himpitan kesengsaraan, Kecemasan dan kegundahan hidup, kunjungilah teman-teman kebajikan; sibukkan diri kalian dengan memberi, mengunjungi, membantu, menolong dan meringankan beban sesama kalian! Dengan semua itu, nescaya kalian akan mendapatkan kebahagiaan dalam semua sisinya; rasa, warna dan juga hakikatnya.

Sedang dia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut dibalas, hanyalah mengharap keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi; dan demi sesungguhnya, dia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya.) (Al-Lail: 19-21)



Itu lah ceritanya..macam mane?
Pengajaran yang kite dapat dalam ni adalah
  1. Kita hendaklah berbuat baik denga semua mahluk dibumi ini
  2. Jika kita bebuat baik pasti akan mendapat pahala dari Allah
  3. Apabila kita berbuat baik, hati kita akan sentiasa tenang dan gembira


ok lah..sampai sini saja kite nak kongsi..
lain kali kite cerita ye..
bye...
Wassalam...
^_^








Thursday, November 22, 2012

Sekinchan Hatiku

Assalamualaikum...

kite dah habis paper final exam tadi...syukur sangat2
esok 23 november 2012 kite nak balik sekinchan dan

SEKINCHAN I'M COOOOMMMMIIIINNNGGGGG!!!!!!!!!!!!!!

Korang nak tau tak sejarah pasal sekinchan ni.. Meh sini kite cerita...
bermulaaaa la kisahhhhh(nk syair la pulak cik nida ni)

Sekinchan ni yang kite tau nama singkatan bagi "second change".. Nak tau tak sebab ape???
dulu pekan ni ada masalah(tak pasti masalh ape). Pihak British bagi peluang kedua untuk kepada pekan ni. sebab tu dipanggil SEKINCHAN A.K.A "SECONDS CHANGE"

Sekinchan ni banyak benda yang menarik tau...

peta sekinchan

kat sekinchan banyak keistimewaannye macam kehijauan bendang (sawah), ada pantai, ada banyak la..
kat sini juga masih mengamalkan kebudayaan melayu.
sekinchan ni ada dua golongan iaitu orang banjar dan orang jawa..kedua-duanya peramah dan baik tau..
kat sinilah korang boleh rasa suasana  kampung. 

bab makan pulak kat sini semua best. makanan yang korang tak pernah jumpa pun ada tau. mentarang (pernah dengar tak?) mentarang ni sejenis siput macam siput lala tp ni besar punye..sedap di masak ape pun..selalunya orang bandar akan datang ke sini untuk rasa mentarang dan makanan2 yang jarang dapat sekarang ni.


kalau korang nak melawat boleh ja. call kite nanti kite uruskan homestay. kat sekinchan banyak homestay tau. korang nak macam mane pun ada. rumah kayu ada rumah batu pun ada.

ok la...lain kali kite taip lagi. sebenarnya banyak benda kite nak ceritakan pasal kampung kesayangan kite ni.
doakan kite selamat sampai ke sekinchan esok...Amin.....

Wassalam
^_^



suasana sewah yang cantik menghijau


nak tau tak ape benda ni?
ni adalah sarang burung layang2
kat sekinchan je ada


haaaaa.....ni la mentarang...
mentarang ni wujud pas stunami dulu pas tu terus ada benda ni
bakar, goreng tepung, masak tumis, buat sup pun boleh 




ni wadai kiping manisan orang banjar
sedap dimakan panas2


Sunday, November 18, 2012

Save Gaza

Assalamualaikum...

Hari ini kite nak cerita pasai "Save Gaza"...

kite semua baru saja meraikan tahun baru bagi islam 1434hijrah..Dalam kegembiraan kite semua kite digemparkan dengan negara Pelestin yang baru-baru ini diserang oleh pihak ISRAEL...

ni kite dapat dari laman blog saudara seislam



Palestin sebelum 1948 adalah bumi yang merdeka, dihuni oleh penduduk pelbagai bangsa dan agama iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Hampir 85% adalah penduduk Islam yang menempati boleh dikatakan seluruh pelusuk bumi Palestin dan ketiga-tiga agama hidup dengan aman damai. Penduduk Islam yang telah ratusan tahun di bawah pemerintahan kerajaan Islam Khilafah Othmaniah sentiasa menghormati penduduk Kristian mahupun Yahudi selagi mereka tidak menentang dan membuat angkara kepada pemerinah.

Namun bangsa yahudi yang menyimpan dendam kesumat dek kerana sifatnya yang sentiasa ingkar dengan perintah agama sebagaimana yang dijelaskan di dalam sejarah dan termaktub di dalam Al-Qur'an, mereka sentiasa membuat kekacauan dan sering mengeksploitasi segala kesempatan yang mereka miliki. Mereka lakukan di mana-mana jua mereka berada termasuk mereka yang tinggal di negara-negara eropah semenjak 1950'an. Oleh itu bangsa ini juga terpaksa ditangani oleh para pemimpin eropah dan ada di antara pemimpin yang terpaksa menghukum mereka kerana keonaran yang mereka lakukan.

Kelicikkan bangsa yahudi yang akhirnya dapat 'menungangi' pemimpin British sekitar 1940an telah berjaya mempengaruhi keputusan British sehingga mendapat laluan mudah menerobos dan menceroboh bumi Palestin yang sebelumnya aman damai.

Penaklukkan, perampasan dan pengusiran rejim zionis terhadap tanah dan harta penduduk Palestin sesunguhnya suatu yang melampau. Mereka terus-terusan menguasai dan berhasrat untuk menghapuskan terus umat Islam dari bumi Palestin.



  
peta sebenar Palestin sebelum dan selepas

Rejim zionis israel telah memaksa rakyat Palestin keluar dari negara mereka dan kini lebih 5 juta hidup sebagai pelarian di kem-kem samaada di Lubnan, Syria, Jordan dan lain-lain negara. Meraka yang masih berada di bumi Palestin pula dipaksa berpindah dan kini menduduki di tebing barat dan Gaza yang terkepung dan terabai dari keeprluan asas.

kat sini kite bagi gambar-gambar yang kite ambik kat internet








korang boleh jugak tengok link ni sebagai maklumat bersama




kite doakan supaya kesedihan dan ketakutan sahabat2 kite kat sana akan berakhir.
kite tak berani nk boikot barang sebab tanpa sedar kite sendiri guna barang mereka..
kite nak undur diri dulu
lain masa kite taip lagi
Wassalam
^_^

Saturday, November 17, 2012

Kelas kite2

Assalamualaikum..

Bukak blog balik kite ni...hehheeh...kite dah penat tengok buku la..nampak buku je dah start menguap..
hehehehe...teruk toi kan kite ni...
kite ngantok sangat ni..tapi kite kuatkan mata kite untuk blog(amboi buku tk larat pulk?)...
kite nak share gambar kite dengan kawan2 kelas kite..Korang nak tengok tak?

ni gambar formal kelas kami...(cari kite kat mane!!)

ni gambar paling kite suke..(pandang pe tu???)



Itu je kite nak share hari ni...nanti kite update lagi ye...
bye..
wassalam
^_^